Wednesday, 28 March 2012

70 Ayat Power Bercinta

 
Haiyoh .... tengok tajuk entri ni ...  70 free of charge saya bagik.... ayat-ayat power yang boleh dipraktikkan kepada pasangan yang dok berkasih-kasihan (bukan kesian :P). Saya dok kutip ni dari tempat kutipan biasa saya di laman komuniti VF. Pengumpul serta penulis asal, menyatakan ayat2 yang disertakan ini untuk digunakan oleh seorang gadis terhadap lelaki .... tetapi saya fikir, dua2 jantina leh pakai ayat-ayat ni.

Oh ya ... satu tips yang harus .... adalah lebih baik anda nyatakan dengan tutur kata dari tulis atas kad atau email, kerana tutur kata lebih mengesankan, dan paling utama lebih ikhlas dari menitipkannya menerusi tulisan. Jadi, apa lagi ... kepada pasangan bercinta, print ni ... dan simpan dalam wallet anda..... :) mana tahu, nanti jika lidah kelu .. boleh rujuk terus - ada 70 frasa semuanya .......

70 Ayat Power Bila Bercinta (70 Romantic Phrases for Lovers)

1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.
7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I get lost in ecstasy when you make love to me.
12. I have finally discovered true love - you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, my body, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I could I would make love to you a thousand times.
26. If I had to live life over again, I would live it with you.
27. If loving you is a sin, then let me be guilty.
28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
30. Loving you feels like heaven.
31. Loving you has made life even sweeter.
32. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
33. My heart cries when we are apart.
34. You are my love, my heart, and my life.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39. Talking to you is like sipping the most delicious wine - I want it to last forever.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64. Your kisses are so good I feel tingles all over.
65. Your love is like a solid rock that will never break.
66. Your love is so good I can't get away even if I wanted to.
67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night's dream.
68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.
69. Your smile is so comforting it makes my tears go away.
70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.

Aaron Aziz Sibuk Fitting Baju ABPBH 2011


KUALA LUMPUR, 28 MAC 2012: Calon Bintang Paling Popular serta Top 5 Pelakon TV dan Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) cukup teruja untuk menghadiri anugerah berprestij yang akan diadakan pada 8 April ini.
Buktinya, semalam betempat di butik Lord's Tailor Bangsar Shopping Centre, pelakon Ombak Rindu berkenaan telah hadir untuk sesi menyuai padan sut yang akan dgayakannya pada majlis gilang-gemilang berkenaan.
Sesuai dengan tema jubli perak untuk acara berkenaan, Aaron Aziz telah memilih sut lengkap bewarna perak berkilau dengan rekaan langsing daripada koleksi terbaru Lord's Tailor sebagai membuktikan gaya maskulin seorang jejaka.
Meskipun masih belum siap sepenuhnya, namun Aaron Aziz kelihatan cukup segak dan tidak sabar-sabar untuk menggayakan sut berkenaan pada malam berkenaan.
Disapa dengan ringkas sama ada dia berpuas hati dengan sut yang bakal digayakannya di taman tema Genting Highlands itu nanti, Aaron Aziz ternyata cukup gembira apatah lagi rona serta rekaan berkenaan sememangnya menjadi idamannya.
Tidak keseorangan, penampilan Aaron dengan sut perak Lord's Tailor itu akan turut ditemani isteri tercinta Diyana yang akan turut tampil dengan gaun rona serupa tetapi mendapatkan rekaan pereka fesyen muda, Riffai.
Sebagai pelengkap gaya, Aaron Aziz bakal menyarungkan kasut bertumit hitam rekaan tirus dari jenama Pedro atau sepatu baru yang bakal dibelinya dari butik Louis Vuitton. Kita tinggu dan lihat sajalah nanti.

Kembara John Carter Di Planet Marikh


TAJUK: John Carter
GENRE: Fiksyen Angkasa Lepas
PENGARAH: Andrew Stanton
PELAKON: Taylor Kitsch, Lynn Collins, Willem Dafoe, Thomas Haden Church, Samantha Morton, Ciaran Hindsm, Mark Strong
EDARAN: Walt Disney Pictures
Tayangan: Mulai 8 Mac 2012


Sekali Imbas
Sebuah filem yang diadaptasi dari novel A Princess of Mars oleh Edgar Rice Burroughs yang diterbitkan seratus dahulu, iaitu pada tahun 1912. Merupakan percubaan pertama pengarah Andrew Stanton untuk mengarahkan filem bercorak live-action selepas sebelum ini hanya dikenali dengan filem-filem animasi 3D seperti Finding Nemo dan WALL-E.
Ulasan Penuh

Pertama sekali, usai menonton filem ini, penulis terfikir. Hebat juga imaginasi orang-orang pada tahun 1912 rupanya. Bagaimana mereka mendapat ilham untuk menulis novel tentang apa yang berlaku sekiranya seorang lelaki bumi, tiba-tiba dapat merentas ruang angkasa dan muncul di Marikh. Kemudian berperang dengan makhluk-makhluk di sana. Menjadi wira dan kemudiannya diangkat menjadi raja?
Tapi bila difikirkan kembali, kerana imaginasi hebat mereka-mereka pada zaman terdahululah yang menyebabkan terciptanya kapal terbang, telefon, televisyen, radio, kereta dan pelbagai lagi kemudahan kita untuk hari ini. Dan imaginasi itu menyebabkan terhasilnya filem sehebat John Carter.
Kita sering bercakap tentang betapa hebatnya filem-filem sains fiksyen angkasa lepas lain seperti Star Wars, Avatar, Transformers dan pelbagai lagi filem-filem lain namun filem-filem ini ditulis pada era moden. Era pendedahan angkasa lepas telah didedahkan kepada minda kita. Telah mula diajar ke setiap peringkat pendidikan. Jadi boleh dikatakan imaginasi mereka-mereka yang terlibat dengan filem ini telah mendapat pendedahan dan kreativiti yang secukupnya.
Berbanding John Carter yang ditulis pada 1912, cara penyampaian yang menceritakan tentang bagaimana tamadun di Marikh dan kehidupan kelompok masyarakat di sana juga menjadi bukti yang Edgar Rice Burroughs (penulis novel) adalah seorang kreatif dan kerap berimaginasi.
Hasil penulisan Burroughs ini kemudiannya menjadi teras kepada produksi dari Paramount Pictures untuk membangunkan novel ini ke layar perak. Dengan bajet mencecah $250 juta (RM750 juta), John Carter adalah salah satu filem blockbuster yang seharusnya menjadi pilihan tahun ini.
Jalan ceritanya bagaimanapun mudah dibaca, heronya John Carter adalah seorang bekas askar, penduduk bumi yang secara tidak sengaja terjumpa gua yang menjadi pintu rahsia perjalanan bumi ke planet Marikh. Melalui gua itu, Carter kini mendapati dirinya berada di Barsoom, nama gelaran penduduk natif Marikh ke atas planet mereka.
Barsoom kini bergolak kerana peperangan dua tamadun terbesar di planet itu, Zodanga dan Helium yang mengejutkan penulis kerana penampilan mereka seiras manusia kecuali mereka berdarah biru. Carter pada asalnya menjadi tawanan puak Tharks (yang ini penampilan mereka betul seperti makhluk asing) namun keperwiraan Carter menyebabkan dia menjadi sanjungan puak tersebut.
Menariknya, kegagahan dan keperwiraan Carter adalah berpunca dari graviti, cuaca dan keadaan Marikh yang berlainan dengan Bumi. Di Marikh, Carter mempunyai kekuatana luar biasa (dia mampu membunuh seekor makhluk asing dengan satu tumbukan) serta kecergasan dan lompatan luar biasa (boleh melompat lebih tinggi bangunan 10 tingkat).
Faktor-faktor inilah menyebabkan John Carter menarik untuk ditonton. Penulis juga tertanya-tanya adakah ini menjadi ilham kepada asal usul adiwira Superman, yang diterbitkan melalui komik pada 1932 oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Cuma bezanya, Clark Kent di planet asalnya hanya seorang normal namun apabila tiba di Bumi, dia mempunyai kuasa luar biasa. Manakala John Carter pula, di Bumi dia manusia biasa dan di Marikh dia mempunyai kekuatan luar biasa.
Keseluruhan, John Carter menghiburkan dengan aksi peperangan dan kesan khas yang menarik. Tidak mustahil untuk filem menjadi sebuah francais baru sehebat Star Wars atau Avatar kerana jika diikutkan novelnya, akan ada sambungan selepas ini.

Sipnosis
John Carter, seorang tentera berpangkat Kapten ketika Perang Saudara di Amerika pada penghujung dekat 1880-an telah kehilangan isteri dan anaknya dalam satu tragedi kebakaran. Kehilangan ini menyebabkan Carter berubah dan tidak mahu lagi terlibat dalam sebarang peperangan. Dia kini lebih gemar mencari kekayaan dan memburu emas.
Pencarian emas telah membawa Carter ke sebuah gua yang tanpa disedari, merupakan satu pintu khas yang boleh membawanya ke Marikh. Setibanya di Marikh, Carter mendapati dirinya mempunya kemampuan dan kekuatan luar biasa. Namun kerana masih belum dapat membiasakan diri, dia menjadi tawanan kaum Tharks.
Di luar pengetahuan Carter juga, dua komuniti terbesar di Marikh, Zodanga dan Helium sedang berperang. Puteri kerajaan Helium yang terlihat kemampuan luar biasa Carter, kemudiannya merancang untuk menggunakan Carter sebagai aset utamanya dalam memerangi peperangan ini.
Konflik yang berlaku menyebabkan Carter berbelah bahagi sama ada ingin mencari jalang pulang ke Bumi atau membantu Helium memerangi Zodanga kerana pada masa yang sama, dai telah jatuh hati dengan Puteri kerajaan Helium.

Far East Movement Gegarkan Malaysia 3 Dicember

 
KUALA LUMPUR,24 NOVEMBER 2011: Kumpulan pop Asia, Far East Movement buat julung kalinya bakal ke Malaysia dalam konsert terbesarnya berjudul Moovment 2011 yang bakal berlangsung di Arena Bukit Kiara Equestrian Park pada 3 Disember depan, jam 8 malam.

Konsert berbentuk parti itu bukan sahaja menampilkan Far East Movement yang terdiri daripada Kev Nish, Prohgress, J-Splif dan DJ Virman malah juga DJ Earworm.

DJ Earworm atau nama sebenarnya Jordan Roseman merupakan DJ yang menempa nama melalui muziknya yang berentak technically sophisticated dan video mash-ups. Lagu popularnya adalah United State of Pop.
Apa yang pasti Far East Movement yang popular dengan lagu Like A G6 (feat. Dev & The Cataracs) pula bakal menyampaikan lagu-lagu popular mereka seperti lagu Hit Rocketeer (feat. Ryan Tedder of OneRepublic) dari album sulung mereka, Free Wired.

Turut beraksi pada malam itu, DJ Crystal, DJ Junior dan dari Malaysia, DJ Ken dan Jakeman & Skeletor.
Konsert Moovment telah dibawakan oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid dan baju rasmi Levi´s® Brand

Tiket berharga RM103 (Zon Rock) dan RM203 (Zon Pit). Layari www.AirAsiaRedTix.com untuk pembelian tiket secara online atau untuk maklumat mengenai tiket , hubungi 03-87754666.
Selain itu, tiket boleh juga dibeli juga di Victoria Music Centre (Sungei Wang (TEL: 03-21487208 & 03-21420661), Amcorp Mall (TEL: 03-79560592), Tropicana City Mall (TEL: 03-77222955), Bangsar Shopping Centre (TEL: 03-20931093)) atau Rock Corner (The Gardens Mall (TEL: 03-22844893), Mid Valley Megamall (TEL: 03-22841423), KLCC (TEL: 03-21619417), Subang Parade (TEL: 03-56369520), The Curve (TEL: 03-77296313), One Utama (TEL: 03-77255667)).

Cuti


[Warta Kerajaan] 11hb April 2012 - Cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah


Denggi Tak Halang Scha Berkahwin

 


KUALA LUMPUR, 28 MAC 2012: "Saya menghadiri kursus kahwin bersama Awal Ashaari pada penghujung Januari lalu. Kursus diadakan selama dua hari dan ketika itu sememangnya saya telah rasa badan tidak berapa sihat. Ingatkan demam biasa, namun saya tidak menyangka rupanya saya terkena demam denggi," kata Scha Al-Yahya mengimbas kembali kenangannya menghadiri kursus kahwin bersama bakal suaminya.
Malah kata Scha, selepas menghadiri kursus kahwin tersebut, barulah dia menyedari demam yang dialaminya merupakan demam denggi dan dia terpaksa ditahan di hospital untuk beberapa hari.
"Lepas dapat sijil tamat kursus kahwin, demam saya makin teruk dan saya terus berjumpa dengan doktor. Ketika itu baru saya tahu saya terkena demam denggi. Terus saya ditahan untuk rawatan lanjut selama beberapa hari," katanya.
Mengakui satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakannya, jelas Scha, kini dia bersyukur langkah untuk melewati hari bahagianya semakin hampir.
Meskipun telah memilih Awal sebagai lelaki yang bakal menjadi ketua keluarganya kelak, tutur Scha, dia masih lagi dalam proses mengenali lelaki tersebut.
"Tiada ada sebab saya mahu menolak lamarannya kerana dia merupakan seorang yang baik dan sentiasa mahu sesuatu benda itu dilakukan dengan sempurna. Tetapi itu belum
bermakna saya mengenali dia sepenuhnya.
"Bagi saya, kami masih lagi dalam proses saling mengenali dan perkara itu akan terus berjalan meskipun selepas berkahwin, "jelasnya antara sebab dia tertawan dengan Awal
kerana kepakarannya dalam bidang masakan.
Sambung pelakon siri Awan Dania ini lagi, apa yang penting keserasian yang dimiliki oleh mereka, merupakan satu perkara yang amat sukar diperolehinya dengan lelaki lain.
"Ada orang kata kenapa memilih artis, tidak memilih orang kaya dan sebagainya. Bagi saya apa yang penting dia melengkapi saya dan mampu menjaga saya seadanya,"jelasnya.