Wednesday, 28 March 2012
Far East Movement Gegarkan Malaysia 3 Dicember
KUALA LUMPUR,24 NOVEMBER 2011: Kumpulan pop Asia, Far East Movement buat julung kalinya bakal ke Malaysia dalam konsert terbesarnya berjudul Moovment 2011 yang bakal berlangsung di Arena Bukit Kiara Equestrian Park pada 3 Disember depan, jam 8 malam.
Konsert berbentuk parti itu bukan sahaja menampilkan Far East Movement yang terdiri daripada Kev Nish, Prohgress, J-Splif dan DJ Virman malah juga DJ Earworm.
DJ Earworm atau nama sebenarnya Jordan Roseman merupakan DJ yang menempa nama melalui muziknya yang berentak technically sophisticated dan video mash-ups. Lagu popularnya adalah United State of Pop.
Apa yang pasti Far East Movement yang popular dengan lagu Like A G6 (feat. Dev & The Cataracs) pula bakal menyampaikan lagu-lagu popular mereka seperti lagu Hit Rocketeer (feat. Ryan Tedder of OneRepublic) dari album sulung mereka, Free Wired.
Turut beraksi pada malam itu, DJ Crystal, DJ Junior dan dari Malaysia, DJ Ken dan Jakeman & Skeletor.
Konsert Moovment telah dibawakan oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid dan baju rasmi Levi´s® Brand
Tiket berharga RM103 (Zon Rock) dan RM203 (Zon Pit). Layari www.AirAsiaRedTix.com untuk pembelian tiket secara online atau untuk maklumat mengenai tiket , hubungi 03-87754666.
Selain itu, tiket boleh juga dibeli juga di Victoria Music Centre (Sungei Wang (TEL: 03-21487208 & 03-21420661), Amcorp Mall (TEL: 03-79560592), Tropicana City Mall (TEL: 03-77222955), Bangsar Shopping Centre (TEL: 03-20931093)) atau Rock Corner (The Gardens Mall (TEL: 03-22844893), Mid Valley Megamall (TEL: 03-22841423), KLCC (TEL: 03-21619417), Subang Parade (TEL: 03-56369520), The Curve (TEL: 03-77296313), One Utama (TEL: 03-77255667)).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment